Connect with us

Bahasa Malaysia

Pesta Futsal Rakyat meriahkan warga Zon Timur

Siri jelajah Pesta Futsal Rakyat 2019: Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuka tirai di Zon Timur pada hujung minggu lalu menyaksikan kira-kira 4000 peserta dan pengunjung hadir membanjiri Ferro Futsal, Kuantan.

Penganjuran pertandingan futsal berkonsepkan digital pertama di Malaysia itu, di bawah naungan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, menerima sambutan yang baik daripada peserta dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pengenalan sistem pendaftaran menggunakan aplikasi mudah alih, penggunaan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau lebih dikenali sebagai RFID sepanjang pertandingan berlangsung sedikit sebanyak membuka dimensi baru dalam komuniti penggemar futsal.

Pelaksanaan pertandingan secara digital sepenuhnya memudahkan maklumat pertandingan dihebahkan kepada peserta secara langsung. Ia dilihat dapat membantu kelancaran pertandingan dan menyelesaikan masalah capaian maklumat terhad dialami oleh penganjuran futsal secara konvensional.

Keunikan penggunaan gelang RFID dalam sistem pengenalan di setiap gelanggang futsal membuka mata peserta kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Peserta perlu mengimbas gelang RFID sebelum memasuki gelanggang. Maklumat pengenalan peserta akan dipaparkan di skrin setelah gelang RFID tersebut berjaya diimbas. Teknologi ini ternyata membantu pasukan-pasukan dapat bersaing secara adil kerana mereka hanya menggunakan peserta yang berdaftar sahaja.

Selain futsal, Pesta Futsal Rakyat turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan Playstation 4: FIFA 2019, Cabaran Panna dan juga gerai-gerai jualan. Kemeriahan pesta dua hari ini bakal diteruskan di Zon Utara yang akan diadakan di D’Futsal Centre, Alor Setar, Kedah pada 19 dan 20 Julai nanti.

Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media rasmi. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd. sebagai agensi media rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia