Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal diteruskan lagi di Zon Utara dengan menjadikan D’Futsal Centre, Alor Setar, Kedah sebagai lokasi kejohanan pada 19 dan 20 Julai nanti.
Alor Setar,
yang juga merupakan tempat kelahiran penaung Pesta Futsal Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr.
Mahathir Mohamad bakal menerima kehadiran ribuan peserta dan pengunjung dari
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.
Teknologi
RFID yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Pesta Futsal Rakyat Zon
Timur pada 6 dan 7 Julai lalu akan sekali lagi diimplementasikan di Alor Setar
bagi memudahkan proses pengenalan peserta ketika hari pertandingan. Pendekatan
ini diambil bagi mentransformasikan landskap penganjuran kejohanan futsal ke
arah masa depan digital.
Selain
futsal, warga utara juga berpeluang menyertai Pertandingan Playstation :
FIFA 2019, Cabaran Panna dan pelbagai aktiviti menarik di sekitar lokasi
kejohanan. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang bakal menarik pengunjung
memeriahkan pesta ini.
Lebih
daripada 4000 peserta dan pengunjung telah menghadiri jelajah pertama Pesta
Futsal Rakyat di Kuantan.
Pendaftaran
bagi acara-acara Pesta Futsal Rakyat – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya
boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor” Futsal.Asia yang
kini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
Pesta
Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia
bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media
rasmi. Acara ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Pesta
Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest
Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice
Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers &
Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd. sebagai agensi media rasmi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com