Connect with us

Bahasa Malaysia

Zainal mahu skuad Melaka segera cipta keserasian

Melaka United memberikan gambaran akan memberikan cabaran dalam saingan Liga Super musim ini dengan menandatangani beberapa nama besar sebahagian daripada rombakan besar-besaran pasukan bagi edisi 2019.

Tugas berat buat bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan selaku pengendali baru Melaka United musim ini bagi memastikan pemain-pemain yang boleh dikategorikan berstatus bintang dapat serasi bermain dalam satu unit.

Terbaru, Melaka United mengumumkan pengambilan beberapa pemain import baru dalam misi menambahkan kekuatan keseluruhan skuad.

Liridon Krasniqi, Jang Sukwon, Darko Markovic dan Anselmo Arruda da Silva akan bergandingan bersama beberapa pemain tempatan berprofil tinggi seperti Safiq Rahim, Razman Roslan, Shukor Adan dan Raimi Nor.

Melaka United memulakan persiapan musim baru Liga Super dengan mengadakan jelajah pra-musim di Vietnam menentang kelab Becamex Binh Duong FC, Sai Gon FC dan Ho Chi Minh City FC. Jelajah ini dilihat membantu membina persefahaman pasukan kerana berhadapan pasukan lawan yang berkualiti. Zainal menyasarkan Melaka United membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi bagi musim 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia