Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Yusoff : Harga tiket Piala Airmarine berpatutan

Susulan aduan oleh penyokong bola sepak tempatan berkenaan tiket Piala Airmarine yang dikatakan terlalu mahal, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata, harga tersebut sebenarnya berpatutan jika dinilai dari sudut penyertaan pasukan yang bertanding.

Piala Airmarine bakal disertai oleh pasukan Singapura, Oman, Afghanistan dan Malaysia selaku pasukan tuan rumah, dilihat antara satu kejohanan yang baik kerana disertai pasukan yang berada di ranking FIFA yang lebih baik daripada Malaysia.

Yusoff percaya, tiket yang dijual pada harga RM35 dan RM45 itu berbaloi untuk penyokong pasukan kerana harga yang dibayar itu adalah untuk menyaksikan dua perlawanan, satu perlawanan pada petang dan perlawanan seterusnya pada waktu malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia