Connect with us
AP Photo

Bahasa Malaysia

Wolves tambah derita The Reds

Setelah tumbang kepada Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana, Liverpool gagal untuk bangkit bagi mendapatkan rentak kemenangan apabila ditewaskan Wolverhampton Wanderes di Stadium Molineux dalam aksi pusingan ketiga Piala FA England.

Episod duka Liverpool bermula seawal minit keenam apabila mereka kehilangan khidmat pemain pertahanan tengah, Dejan Lovren yang terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan hamstring.

Lovren digantikan oleh pemain muda berusia 16 tahun, Ki-Jana Hoever. Gol pertama Wolves dijaringkan oleh Raul Jimenez hasil serangan balas pantas berpunca daripada kesilapan James Milner.

Liverpool cuba bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan melalui Divock Origi sebelum Wolves memperoleh gol kemenangan melalui rembatan cantik luar kotak penalti Ruben Neves.

Kemasukan Mohamed Salah dan Roberto Firmino pada minit 70 tidak mampu mengubah keputusan perlawanan menyaksikan yang Wolves mara ke pusingan seterusnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia