Connect with us
via the-afc.com

Bahasa Malaysia

Windsor John: Ketegasan MFL suatu tindakan yang wajar

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John berpendapat, hukuman yang dilaksanakan oleh Malaysian Football League terhadap beberapa pasukan yang tidak mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh MFL adalah tindakan yang wajar demi memajukan bola sepak Malaysia.

Meskipun menerima tentangan dan ketidakpuashatian daripada beberapa pihak, Windsor percaya, MFL melakukan perkara betul. Ketegasan ini amat diperlukan bagi memastikan standard dan piawaian Liga Malaysia sentiasa terpelihara.

Beliau berpendapat, jika hanya terdapat lapan pasukan sahaja yang mengikut peraturan, adalah lebih baik jika liga hanya disertai oleh lapan pasukan sahaja demi menjaga kualiti Liga Malaysia. Jika mahu liga tempatan jadi seperti Liga Korea, Liga Jepun dan La Liga (Sepanyol, tindakan ini adalah yang terbaik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia