Connect with us
AFC Asian Cup 2019

Bahasa Malaysia

Vietnam masih berpeluang mara

Selepas permulaan hambar dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan Piala Asia, Vietnam memastikan peluang ke pusingan kalah-mati masih terbuka apabila menewaskan Yaman 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Selepas tewas kepada Iran dan Iraq, Vietnam bangkit memberikan persembahan terbaik bagi menempatkan diri dalam empat pasukan di tempat ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan di Stadium Hazza Bin Yazid, Vietnam membuka tirai jaringan hasil sepakan percuma menarik Nguyen Quang Hai, sebelum ketua pasukan, Que Ngoc Hai tenang menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua.

Vietnam perlu menunggu sehingga tamat semua perlawanan peringkat kumpulan bagi mengetahui adakah mereka akan mara ke pusingan kalah-mati atau terpaksa menamatkan kempen Piala Asia kali ini lebih awal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia