Connect with us
Via @ukmfootballclub on Facebook

Bahasa Malaysia

UKM FC yakin beri saingan sengit

Setelah berjaya menyelesaikan kemelut pendaftaran pasukan menjelang sepak mula Liga Perdana 2019, pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin berharap anak-anak buahnya akan bekerja keras bagi memberikan saingan sengit dalam kancah liga.

Masalah pendaftaran pasukan dengan Malaysian Football League (MFL) telah mengakibatkan berlaku kelewatan kepada pasukan bagi membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan liga.

Skuad Varsity Boys musim ini akan dibarisi pemain-pemain rata-rata terdiri daripada pemain yang dipancing dari beberapa universiti yang lain.

Musim ini bakal menyaksikan UKM FC beraksi dengan peruntukan yang terhad, namun pemain dan jurulatih bertekad akan menggunakan segala sumber yang ada untuk kekal kompetitif. Mereka sedang berusaha mendapatkan penajaan bagi tujuan memperkuatkan pasukan untuk musim ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia