Connect with us

Bahasa Malaysia

Tunggakan gaji, MFL bakal hukum KLFA

Susulan laporan mengenai tunggakan gaji pemain pertahanan Harimau Malaya, Syazwan Andik selama dua bulan ketika bersama Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Malaysia Football League (MFL) akan mengambil tindakan tegas kepada badan bola sepak ibu kota tersebut.

Geran tahunan yang diterima oleh pasukan KLFA berkemungkinan akan dipotong berikutan isu yang timbul melibatkan tunggakan gaji pemain yang kini sah menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu. MFL mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan atau tidak mempunyai perancangan yang baik untuk berupaya bersaing secara kompetitif sepanjang liga berlangsung.

KLFA diminta memberi penjelasan dengan lebih lanjut berhubung perkara berbangkit ini atau mungkin dikenakan tindakan oleh badan pengendali Liga Malaysia tersebut. Mereka juga diminta menyelesaikan permasalahan berkaitan tunggakan gaji pemain-pemain yang terlibat bagi melayakkan mereka untuk terus beraksi dalam liga tempatan bagi tahun 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia