Connect with us
via @johorsoutherntigers.com.my on Facebook

Bahasa Malaysia

TMJ mungkin pertimbangkan Peraturan Kewangan FIFA di Liga M

Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Idris menerima baik cadangan pelaksanaan Peraturan Kewangan FIFA atau FIFA Financial Fair Play (FFP).

TMJ yang juga merupakan pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berpendapat, FFP bakal memberi impak kepada pentadbiran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Sejak melakukan penstrukturan dan penjenamaan semula pada 2013, JDT merupakan antara pasukan yang berbelanja besar dengan memperkuatkan pasukan dengan membariskan pemain-pemain berstatus bintang. Meskipun pengenalan FFP ini akan memberikan kesan kepada JDT, TMJ tetap menyokong cadangan ini dan berpendapat ia akan memberi kesan positif kepada semua pasukan liga secara menyeluruh.

Melalui peraturan FFP ini, pasukan hanya boleh berbelanja berdasarkan kadar pendapatan pasukan yang mereka perolehi melalui kutipan tiket, penjanjian komersil dan juga aspek penajaan yang lain. FFP juga dilihat akan membendung permasalahan yang berlaku seperti isu tunggakan gaji yang melanda beberapa pasukan liga tempatan sejak beberapa tahun lepas. Ia sekaligus dapat mengelakkan pasukan berbelanja melebihi kemampuan sebenar pasukan.

TMJ telah membawa JDT ke tahap terbaik dengan memfokuskan kepada aspek penajaan dan pendapatan pasukan bagi memastikan kelangsungan pembangunan pasukan. Perkara ini akan menjadi penanda aras kepada pasukan lain untuk dicontohi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia