Connect with us

Bahasa Malaysia

Tiada lagi perbelanjaan tidak terkawal mulai 2020

Perbelanjaan pasukan-pasukan Liga Malaysia akan lebih terkawal mulai tahun 2020 selepas MFL merancang mengetatkan peraturan berkaitan perancangan kewangan pasukan.

MFL dalam perancangan mendapatkan rujukan daripada penganjur Liga Sepanyol bagi membendung masalah gaji tertunggak pemain Liga Malaysia yang kini semakin teruk.

Kawalan ekonomi yang dilaksanakan dalam Liga Sepanyol menunjukkan perkembangan baik apabila berjaya mengurangkan kes tunggakan gaji sebanyak 340 kes pada tahun 2012 kepada rekod bersih tanpa tunggakan gaji pada 2017.

Jika peraturan baru ini dilaksanakan, pasukan yang bertanding perlu mengemukakan segala maklumat perancangan kewangan termasuk maklumat berkenaan penajaan pasukan. Langkah ini diambil bagi memastikan pasukan mempunyai perancangan kewangan yang baik di samping dapat mengelakkan masalah tunggakan gaji pemain kembali berulang.

Beberapa ahli tertinggi MFL telah menghadiri bengkel di ibu pejabat penganjur Liga Sepanyol dan akan membentangkan hasil dapatan daripada bengkel tersebut bagi pelaksanaan peraturan kewangan baru Liga Malaysia tahun depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia