Connect with us

Bahasa Malaysia

Terengganu pertingkat kualiti kemudahan latihan

Terengganu FC (TFC) mahu menjadi salah satu pasukan yang memiliki kemudahan peralatan latihan terbaik di Malaysia selain memfokuskan mendapatkan jurulatih dan  pemain yang berkualiti.

TFC akan cuba mengikut jejak langkah pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dari aspek pengurusan kelab secara menyeluruh. Sejak JDT diambilalih oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, banyak perubahan dan penambahbaikan yang berlaku dalam bola sepak Johor.

TFC sedang dalam perancangan meningkatkan kemudahan latihan terutama kualiti padang.  Dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), TFC dan PBSNT mampu untuk mengikut jejak langkah JDT. Lawatan ke pusat latihan JDT telah dilakukan dan TFC sedia untuk mencontohi kehebatan pusat latihan terbaik di negara itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia