Connect with us

Bahasa Malaysia

Taktik serangan agresif jadi ramuan utama Kedah

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak sudah memberi bayangan taktikal yang akan digunakan Kedah bagi musim 2019.

Mengambil falsafah idolanya iaitu pengendali Manchester City, Pep Guardiola, sebagai inspirasi, Aidil Shahrin dijangka akan menerapkan taktik serangan agresif bertubi-tubi bagi membedil pertahanan lawan.

Melihat kepada skuad semasa, beliau kelihatan sangat berpuas hati dengan gandingan pemain veteran seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali, kelompok pemain muda yang yang bersaing sihat merebut kesebelasan utama dan beberapa pemain yang baru ditandatangani termasuk barisan import yang berkualiti.

Kedah bakal menguji juara Liga 1 Thailand, Buriram United bagi persediaan pramusim selain berpeluang mencuba taktik dan corak permainan dalam perlawanan menentang dua lagi kelab Liga Thailand, Krabi FC dan Surat Thani FC pada penghujung Januari 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia