Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Stuart mahu Cheng Hoe kekal

Berikutan saranan daripada lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun untuk mendapatkan kepakaran jurulatih dari Jepun dan Korea, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam masih menaruh kepercayaan kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk terus menguruskan pasukan Harimau Malaya.

Stuart menghormati cadangan Soh Chin Aun, namun beliau mahukan Tan Cheng Hoe untuk terus berbakti kepada pasukan kebangsaan kerana kebolehan bekas jurulatih Kedah itu dengan menerapkan identiti bola sepak negara selain mempunyai aura tersendiri.

Stuart berpandangan, adalah lebih baik menjalinkan kerjasama dengan negara Jepun dan Korea Selatan berbanding melantik jurulatih dari kalangan warganegara negara-negara tersebut. Jalinan kerjasama ini dilihat lebih baik untuk pembangunan bola sepak bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti di masa hadapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia