Connect with us
Via @thekfa on Instagram

Bahasa Malaysia

Son tiba di UAE untuk perkuatkan skuad Korea Selatan

Korea Selatan menerima suntikan semangat dalam misi memburu kejuaraan Piala Asia apabila pemain sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-min tiba di Dubai bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Son yang menaiki pesawat dari United Kingdom sejurus selepas kekalahan kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris dijangka tidak akan memulakan perlawanan terakhir kumpulan menentang China disebabkan kepenatan, sebaliknya mungkin akan masuk hanya sebagai pemain gantian.

Ketiadaan Son bagi perlawanan awal Piala Asia sedikit memberi kesan kepada Korea Selatan kerana pasukan gergasi Asia itu hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Filipina dan Kyrgystan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia