Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Soh Chin Aun cadang ambil khidmat dari Jepun dan Korea Selatan

Lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun berpandangan tenaga kepakaran dari Jepun dan Korea Selatan dilihat mampu menjadi penyelesaian kepada prestasi skuad Harimau Malaya.

Skuad Samurai Biru dan Taeguk Warriors dilihat sebagai pasukan gergasi Asia dan beraksi cemerlang di peringkat dunia.

Jika suatu ketika dahulu Malaysia menjadi rujukan Jepun apabila mewujudkan liga semi-pro, kini pasukan Jepun berada jauh di hadapan berbanding pasukan Malaysia.

Soh Chin Aun menambah, pengambilan jurulatih dari Jepun dan Korea Selatan lebih baik berbanding mendapatkan kepakaran dari Eropah kerana jurulatih Eropah tidak mementingkan prestasi pasukan negara, tetapi hanya fokus untuk memenuhkan poket mereka sahaja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia