Connect with us
via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Selangor temui pengganti German

Berikutan prestasi kurang meyakinkan pemain import dari Brazil, Antonio German, Selangor mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan pemain tersebut dan menggantikan dengan pemain baru yang berada dalam radar pengurusan Selangor.

Pengurus Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad enggan mendedahkan nama pemain yang akan menggantikan German kerana proses perpindahan pemain tersebut masih belum selesai sepenuhnya.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Selangor bakal menggunakan khidmat pemain import yang mempunyai pengalaman di Liga Malaysia iaitu bekas import Kedah, Sandro da Silva.

Selain pemain import, Selangor juga mempertimbangkan untuk membawa masuk seorang pemain tempatan dari skuad Perlis. Selangor bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain tersebut. Khabar angin mengatakan pemain tersebut ialah bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia