Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Sathia optimis bertemu JDT

Motivasi pasukan untuk bangkit daripada permulaan hambar akan menjadi sumber kekuatan bagi pasukan Selangor yang akan melayan kunjungan pasukan gergasi, Johor Darul Takzim (JDT).

Selangor mungkin terpaksa melupakan khidmat dua pemain import, Rufino Segovia dan Taylor Regan apabila kedua-duanya mengalami kecederaan. Peluang untuk kedua-dua pemain tersebut untuk diturunkan masih belum dapat dipastikan.

Meskipun kehilangan tonggak penting, kehadiran bekas pemain import Kedah dari Brazil, Sandro memberikan sedikit kelegaan kepada kepada Sathia dan kem Selangor.

Sathia berpendapat, isu keserasian mungkin tidak menjadi masalah bagi pemain berpengalaman seperti Sandro. Tahap kecergasan Sandro menimbulkan sedikit kerisauan kepada Sathia. Sandro yang terpaksa melalui penerbangan yang mengambil masa yang agak lama mungkin memberikan kesan kepada persedian fizikal Sandro bagi menghadapi JDT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia