Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Sathia masih dapat sokongan penuh Selangor

Berikutan prestasi hambar skuad The Red Giant dalam beberapa perlawanan Liga Super 2019, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menafikan khabar angin yang mendakwa pengendali Selangor, B. Sathianathan bakal direhatkan.

Spekulasi tersebut dinafikan oleh Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon selain menegaskan semua pihak di FAS masih memberikan sokongan sepenuhnya kepada B. Sathianathan.

Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah juga memberikan sokongan positif dan memberi masa kepada Sathianathan untuk membuktikan kredibiliti beliau dalam menguruskan kebangkitan Selangor.

Tugas berat menanti Selangor apabila perlu bertemu Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) untuk perlawanan seterusnya. Selangor perlu menunjukkan kebangkitan bagi memastikan mereka masih kekal bersaing dalam mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia