Connect with us

Bahasa Malaysia

Sathia mahu Selangor lebih agresif

Jurulatih Selangor, B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan perkembangan pemain-pemain skuad Selangor dalam siri perlawanan pra-musim baru-baru ini.

Selangor mencatat keputusan positif ketika perlawanan di Chonburi sebagai persedian sebelum sepak mula liga.

Beliau amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain di samping komitmen yang tinggi. Beberapa kelemahan seperti kesilapan melepaskan gol mudah perlu diperbaik segera bagi mengelakkanya berulang dalam saingan yang lebih kompetitif.

“Saya amat gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan pemain seperti Antonio German yang menunjukkan kemampuan mencipta banyak peluang jaringan. Saya juga berpuas hati dengan persembahan Rufino Segovia,” ujar Sathianathan

Beliau juga mengulas tentang kecederaan yang dialami oleh pemain saya, Wan Zack Haikal dan berharap kecederaan yang dialami tidak serius. Keadaan pemain pertahanan kebangsaan, Syahmi Safari juga dipantau kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Pra-musim Selangor akan diteruskan lagi dengan menentang pasukan dari Singapura, Geylang International.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia