Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Sathia dapat ‘lampu hijau’ tambah pemain import

Berikutan kecederaan pemain import, Rufino Segovia dan Endrick dos Santos, serta kecederaan jangka masa panjang Wan Zack Haikal, ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan sedang mengenalpasti pemain yang bakal dibawa masuk bagi menggantikan pemain-pemain yang cedera tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon telah berbincang bersama B. Sathianathan mengenai perkara tersebut dan meluluskan permintaan mendapatkan pemain import baru skuad Red Giants.

Sathia memerlukan seorang pemain di bahagian serangan bagi menggalas tugas menggempur kubu lawan. Bagaimanapun, beliau masih ingin mengekalkan Rufino Segovia dalam skuad Selangor. Beliau turut memberikan gambaran terpaksa melepaskan Endrick kerana pemain berkenaan sering mengalami kecederaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia