Connect with us
via @pjcfc on Facebook

Bahasa Malaysia

Safee: Jangan aniaya pemain muda

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sah menyertai Petaling Jaya City FC (PJ City FC).

Safee memilih untuk berhijrah ke PJ City FC berikutan isu tunggakan gaji yang melanda bekas pasukannya, Perlis.

Selepas menandatangani kontrak bersama PJ City FC secara rasmi dalam majlis pengenalan pemain, Safee berpesan kepada semua pengurusan pasukan yang bertanding di Liga Malaysia supaya tidak mengabaikan kebajikan pemain pasukan.

Safee menegaskan, pemain tempatan terutama pemain muda yang mempunyai semangat tinggi untuk berjaya dalam karier bola sepak secara profesional perlu dijaga kebajikannya kerana mereka merupakan pelapis masa depan bola sepak negara.

Beberapa pemain Perlis bertindak meninggalkan pasukan Perlis dan mencari pasukan baru susulan masalah tunggakan gaji. Safee berpendapat, perkara ini memberi cabaran yang besar kepada pemain muda untuk mencari kelab baru.

“Bagi pemain seperti saya, mungkin ada pasukan berminat untuk dapatkan khidmat bermain, tetapi bagaimana dengan pemain muda? Mereka baru sahaja menceburi arena bola sepak secara profesional,” ujar Safee.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia