Connect with us
via @myKBSMalaysia on Facebook

Bahasa Malaysia

Saddiq mahu Kedah, Selangor dan JDT dicontohi

Menyedari kepentingan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu semua pasukan bola sepak di Malaysia mencontohi usaha yang dilakukan oleh pasukan Kedah, Selangor dan Johor Darul Takzim (JDT).

Pelaburan dalam pembangunan akar umbi di beberapa pasukan ini ternyata membuahkan hasil apabila pasukan ini berjaya melahirkan ramai bakat baru bola sepak yang bakal mewarnai bola sepak negara.

Beliau hadir dalam perlawanan Piala Belia melibatkan pasukan Selangor Bawah 19 Tahun dan pasukan Akademi Mokhtar Dahari Bawah 17 Tahun di Bandar Baru Salak Tinggi.

Saddiq menegaskan, kewujudan Akademi Mokhtar Dahari mengisi kekosongan dalam pembangunan bola sepak peringkat akar umbi di Malaysia. Meskipun berusia tiga tahun lebih muda, pasukan AMD B16 mampu menewaskan pasukan Selangor B19. Saddiq percaya, semua pasukan patut menjalankan tanggungjawab pembangunan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia