Connect with us
via www.fam.org.my

Bahasa Malaysia

‘Roadmap’ F:30 FAM gagal?

Kegagalan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara melayakkan diri ke Pusingan Akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 menimbulkan kegusaran mengenai kemampuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam peta hala tuju atau F:30 yang dilancarkan tahun lalu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bagaimanapun menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk mengkritik dan menghukum badan induk bola sepak negara itu. Beliau berkata, adalah tidak wajar meragui kemampuan FAM merealisasikan peta hala tuju F:30 berdasarkan satu keputusan sahaja kerana bola sepak negara sedang menunjukkan peningkatan secara menyeluruh.

Peta hala tuju F:30 dibahagikan kepada tiga peringkat Pelan Strategik iaitu Pelan Strategik 1 (2019-2022) untuk membentuk teras asas, Pelan Strategik 2 (2023-2026) untuk mula menguasai Asia dan Pelan Strategik 3 (2027-2030) untuk menguasai peringkat dunia. Kegagalan ke pusingan akhir AFC B-23 juga menutup peluang negara untuk layak ke Olimpik 2020 di Tokyo, yang juga merupakan sebahagian daripada penanda aras yang ditetapkan FAM dalam Pelan Strategik 1 F:30.

Kegagalan di permulaan Pelan Strategik 1 bukanlah permulaan yang baik untuk F:30. FAM perlu merencana strategi bagi memastikan bola sepak negara berada di landasan yang betul selari dengan sasaran yang ditetapkan di setiap peringkat Pelan Strategik, sekaligus merealisasikan impian untuk menjadi pasukan yang mampu bersaing di peringkat dunia menjelang tahun 2030.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia