Connect with us
Reuters

Bahasa Malaysia

Real Sociedad gegar Bernabeu

Juara Piala Kelab Dunia, Real Madrid mungkin terpaksa melupakan kejuaraan La Liga musim ini apabila tersungkur di laman sendiri kepada kelab pertengahan liga, Real Sociedad dalam aksi liga pada awal pagi Isnin.

Gol hasil sepakan penalti Wilian Jose seawal minit ketiga dan jaringan Ruben Pardo di lewat babak kedua sudah cukup untuk menundukkan gergasi La Liga itu.

Lebih malang, pemain sayap kanan Sepanyol, Lucas Vasquez turut dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning dalam perlawanan tersebut. Kekalahan ini meneruskan lagi prestasi tidak konsisten Real Madrid dalam kancah liga musim ini.

Skuad Los Blancos kini menghuni tangga kelima liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, FC Barcelona. Real Madrid akan menentang Leganes pada aksi awal pagi Khamis dalam saingan Copa del Rey.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia