Connect with us
via @malaysiafootballleague on Facebook

Bahasa Malaysia

Protap tetap berpuas hati meskipun tewas

Kempen pasukan dari Liga M3, Protap FC dalam Piala FA 2019 berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada pasukan Liga Perdana, UKM FC dengan jaringan 5-1.

Gol UKM FC diperoleh menerusi jaringan hat-trick pemain import, Mateo Roskam manakala Zeneyedpour menambah dua gol untuk UKM FC. Gol Protap dijaringkan oleh Hariz Saim.

Ketika bercakap kepada pihak media, ketua jurulatih Protap, Shahidan Rusly tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya. Menurut Shahidan, pemain telah bermain dengan baik dan mengikut perancangan taktikal yang direncana, namun menentang pasukan yang bermain di divisyen lebih tinggi semestinya bukan mudah.

Selepas kekalahan ini, Shahidan berazam meningkatkan tahap permainan pasukan yang dibina berlatarbelakangkan liga sosial ini serta bercadang meningkatkan tahap kemudahan latihan untuk pasukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia