Connect with us
via PKNS FC on Facebook

Bahasa Malaysia

PKNS sambar Kazubaev

Pertahanan Kyrgystan, Tamirlan Kazubaev bakal menyarung jersi PKNS FC bagi saingan Liga Super 2019.

Kazubaev menarik perhatian pengurusan PKNS FC selepas beraksi cemerlang dalam saingan Piala Asia 2019 di UAE dengan membawa pasukan Kyrgyzstan layak ke Pusingan 16.

“Saya sudah beraksi sebanyak dua kali menentang pasukan kebangsaan Malaysia sebelum ini dan ini adalah penyebab saya mahu bermain di negara ini.

“Saya berharap dapat beraksi dengan baik di peringkat tertinggi untuk membantu kelab membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi, seperti sasaran pihak pengurusan,” kata Kazubaev.

PKNS akan memulakan kempen Liga Super dengan menentang Terengganu FC di Stadium Nasiruddin Shah Stadium pada 1 Februari.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia