Connect with us
via @johorsoutherntigers on Facebook

Bahasa Malaysia

PKNS FC lebur ego JDT di Larkin

Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Takzim dimalukan oleh PKNS FC apabila tewas mengejut 0-1 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

PKNS FC turun sebagai pasukan “underdog” dengan misi untuk layak ke suku akhir berjaya mengekang serangan bertubi-tubi pasukan JDT apabila berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi sepanjang perlawanan.

Hasrat JDT untuk mudah menewaskan lawan bermula sukar apabila pemain tengah, Kiko Insa dilayangkan kad merah seawal minit ke 10 selepas mengasari Faizat Ghazali.  

Gol PKNS dijaringkan oleh pemain import, Kpah Sherman pada minit ke-49 apabila mudah menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Cubaan JDT untuk bangkit gagal apabila tidak berjaya menembusi pertahanan PKNS sehingga tamat perlawanan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia