Connect with us
via @kelantanfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Piya impi kemunculan semula

Pemain tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau dikenali sebagai Piya mengimpikan penampilan pertama bersama pasukan pada perlawanan Liga Perdana berdepan Terengganu FC II (TFCII), Jumaat ini.

Selepas berehat agak lama dalam perlawanan kompetitif, Piya menyuarakan hasrat kembali menyarung jersey Kelantan dan meyakinkan ketua jurulatih Kelantan, Marko Kraljevic.

Piya sedang dalam proses membentuk keserasian bersama pasukan Kelantan yang kini berwajah baru dan dibarisi ramai pemain muda yang berkualiti. Piya berharap kelebihan beraksi di laman sendiri dapat dimanfaatkan pasukan Kelantan.

Piya yang baru kembali semula ke Kelantan selepas berhijrah dari Perlis berikutan masalah Kewangan berharap dapat membantu Kelantan kembali semula ke Liga Super.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia