Connect with us
AFC Asian Cup 2019

Bahasa Malaysia

Piala Asia AFC 2019 : Thailand mara ke pusingan kalah-mati

Meskipun bermula dengan agak hambar dengan kekalahan 4-1 kepada India dalam perlawanan pembukaan, disusuli pemecatan ketua jurulatih mereka, Milovan Rajevac, Thailand bangkit dalam perlawanan seterusnya dan berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah-mati Piala Asia 2019.

Selepas menumpaskan Bahrain dengan jaringan tipis 1-0, Thailand hanya perlu mengelakkan kekalahan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tuah ternyata memihak kepada Thailand apabila berjaya mengikat UAE dengan jaringan 1-1. Lebih menarik, India dikejutkan Bahrain 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A. Keputusan ini membantu Thailand untuk layak ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan di Stadium Hazza Bin Zayed itu, UAE terlebih dahulu memperoleh jaringan hasil tindakan penyudah Ali Mabkhout seawal minit ke-7 sebelum jaringan penyamaan Thailand dijaringkan oleh pemain tengah, Thitipan Puangchan dalam separuh masa pertama. Keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat. Thailand yang menghuni tempat kedua Kumpulan A akan mengiringi UAE ke pusingan seterusnya dan akan bertemu sama ada Korea Selatan atau China.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia