Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Piagam SUPARIMAU diperkenal FAM

Bagi merancakkan pembangunan akar umbi bola sepak negara sejajar dengan Peta Hala Tuju F:30, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan Piagam SUPARIMAU.

Piagam ini diperkenalkan bagi memberi ruang kepada mana-mana akademi bola sepak yang ingin turut serta menjadi sebahagian daripada komuniti pembangunan akar umbi negara.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan akreditasi dan penilaian ini bertujuan untuk menyeragamkan proses pembangunan akar umbi dan meningkatkan standard dalam bola sepak.

Matlamat FAM melalui piagam ini adalah untuk melahirkan lebih banyak bakat baru bola sepak yang melalui akademi yang diiktiraf demi masa depan pemain muda negara yang kelak akan mewarnai bola sepak tempatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia