Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Perlu kemuka surat tunjuk sebab kerana mengkritik

Kegagalan sistem bola sepak negara dilihat sebagai antara faktor yang menyukarkan skuad negara untuk memberi saingan di peringkat antarabangsa.

Sistem sedia ada yang digunapakai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah 20 tahun ketinggalan dan perubahan perlu segera dilakukan.

Pendapat itu disuarakan oleh jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak selepas pasukan bimbingannya gagal mara ke suku akhir Piala Sanix 2019 di Fukuoka, Jepun.

Hodak tetap dengan pendiriannya mengenai pandangan beliau terhadap bola sepak negara dan perkara tersebut telah mendapat perhatian Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.

Datuk Yusoff menganggap Bojan Hodak tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian dan meminta Bojan Hodak menghantar surat tunjuk sebab.

Reaksi FAM terhadap kritikan Bojak Hodak memberikan gambaran bahawa badan induk bola sepak negara itu tidak dapat menerima kritikan terhadap amalan pengurusan mereka sejak berpuluh tahun dahulu.

Kritikan ke arah memajukan bola sepak merupakan amalan biasa di negara yang memiliki mutu bola sepak yang lebih baik di peringkat antarabangsa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia