Connect with us
via @FASelangorMY

Bahasa Malaysia

Perlawanan liga di bulan Ramadhan penting untuk skuad negara

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan menyuarakan sokongan terhadap penjadualan Liga Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan.

Beliau berpendapat, perkara ini seharusnya tidak menjadi masalah kepada para pemain kerana ini bukan kali pertama ia terjadi. Pasukan tidak boleh berehat sepanjang bulan puasa tanpa latihan.

Untuk pasukan Selangor, latihan bermula pukul 11 malam setiap hari. Waktu ini memberi peluang kepada pemain beragama Islam melaksanakan solat Tarawikh. Selain itu, kurma dan susu turut disediakan di setiap sesi latihan.

Sathia menambah, penjadualan liga pada bulan Ramadhan amat penting untuk pemain yang dipanggil untuk latihan pusat bagi mewakili negara bagi perlawanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia