Connect with us
via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Perdana Menteri sokong pembangunan bola sepak Kedah

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghargai sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menghadiahkan jersi khas skuad Kedah ‘Mahathir 7’.

Tun Mahathir berbangga dengan pencapaian skuad Hijau Kuning yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kancah bola sepak negara. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Kedah dan mahukan pasukan Kedah berusaha keras bagi memajukan bola sepak negeri.

Dalam perkembangan lain, empat pemain muda Kedah, Fazrul Danel, Mohamad Asri, Mohamad Suhaimie dan Aminuddin diberi peluang menjalani latihan bersama pasukan Cardiff City FC. Mereka telah dijemput pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan bagi menjalani latihan dan menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Cardiff City dan Chelsea FC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia