Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Pemain-pemain bertindak liar dihukum FAM

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengumumkan penggantungan kepada beberapa pemain yang didapati melakukan kesalahan yang berat dalam perlawanan Liga Malaysia.

Melalui Kod Tatatertib FAM, pemain-pemain tersebut akan dikenakan penggantungan beberapa perlawanan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan di atas padang.

Antara beberapa pemain yang dikenakan penggantungan ialah Renan Alves dari pasukan Kedah, Kpah Sean Sherman dari PKNS FC, dan Ahmad Sukri Ab. Hamid dari PKNP FC.

Ketiga-tiga pemain tersebut akan digantung dua perlawanan  selain diberi amaran keras. Kesalahan yang lebih berat akan dikenakan sekiranya kesalahan sama diulangi.

Mesyuarat Kesepuluh Jawatankuasa Tatatertib FAM telah diadakan di Wisma FAM dipengerusikan oleh Datuk Baljit Singh Sidhu selaku pengerusi jawatankuasa,

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia