Connect with us
via @OfficialPahangFA on Facebook

Bahasa Malaysia

Pahang pintas JDT

Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan dalam perlawanan antara Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) membolehkan Pahang memintas kedudukan JDT di persada Liga Super.

Pahang meneruskan momentum baik dalam saingan liga apabila dengan mudah membenam Felda United 3-1 di Jengka. Gol Pahang dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha, Ze Love dan Faisal Halim manakala gol Felda United diperoleh melalui jaringan Thiago Junior.

Dalam perkembangan lain, Melaka United hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Perak di laman sendiri. Melaka yang kehilangan perancang utama mereka, Liridon Krasniqi ternyata buntu mencipta jaringan.

Selangor menunjukkan kebangkitan apabila menewaskan Terengganu FC 1-0 di Stadium Shah Alam. Pemain meningkat naik, Faiz Nasir muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan bekas pasukannya.

Dalam pada itu, Petaling Jaya City  menewaskan PKNS 1-0 di tempat sendiri manakala PKNP mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 di Manjung.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia