Connect with us
via @OfficialPahangFA on Facebook

Bahasa Malaysia

Pahang gagal benam JDT di tempat sendiri

Sikap terlalu berhati-hati dan tidak mempamerkan permainan sebenar ketika bertemu Johor Darul Takzim (JDT) membawa padah apabila Pahang gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk memintas JDT di persada Liga Super.

Perkara ini jelas mengecewakan pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh yang mahukan anak-anak buahnya menunjukkan prestasi terbaik mereka. Permainan yang terlalu berhati-hati serta tidak mahu mengambil risiko ketika melakukan serangan ke kubu lawan menyaksikan Pahang hanya mampu mengutip satu mata sahaja.

Gol JDT dijaringkan seawal minit keempat selepas penyerang JDT, Gonzalo Cabrera bijak menolak masuk gol pertama perlawanan. Pahang bagaimanapun bangkit apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35 melalui sepakan percuma Saddil Ramdani.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 menyaksikan JDT kekal di tangga teratas liga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia