Connect with us
via FASelangorMY on Facebook

Bahasa Malaysia

Owen : Pemain import tidak jejaskan pembangunan pemain muda

Bekas penyerang kebangsaan England, Michael Owen berada di Malaysia bagi program lawatan ke sesi latihan skuad bawah 19 tahun Selangor yang ditaja oleh syarikat konfeksionari, Cadbury. Dalam sesi lawatan tersebut, Owen sempat berkongsi kisah dan pengalaman beliau dalam dunia bola sepak kepada pemain remaja Selangor.

Ketika ditanya dalam sidang media berkenaan kesan pemain import kepada pembangunan pemain muda, bekas pemain Liverpool, Real Madrid, Newcastle United dan Manchester United itu berpendapat, kehadiran pemain import mampu memberikan kesan positif kepada pembangunan pemain muda tempatan.

“Jika seorang pemain cukup bagus untuk bersaing merebut tempat dalam pasukan, kita perlu seimbangkan kemahiran teknikal dan keupayaan fizikal pemain tersebut. Kita perlu bersungguh-sungguh membimbing pemain yang berbakat tersebut, dan tidak bermakna kita perlu memilih jalan yang sukar, seperti menurunkan mereka bersama pasukan senior.

“Ia bergantung kepada kualiti kejurulatihan dan beberapa faktor lain seperti kemudahan peralatan latihan. Selangor memiliki ramai pemain berbakat, semoga mereka berada di landasan terbaik untuk menjadi pemain profesional,” ujar Owen.

“Saya dimaklumkan, terdapat kuota pemain import di Liga Malaysia. Di England, tiada had bagi sesebuah pasukan untuk memiliki pemain import, jadi jika anda pemain muda tempatan yang bagus, sudah semestinya anda akan mampu bersaing untuk berada dalam pasukan,” tambah Owen lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia