Connect with us
via @klfaofficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Nasib Comvalius tidak menentu

Pemain import Kuala Lumpur, Sylvano Comvalius berdepan kemungkinan digugurkan selepas menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan ketika mewakili pasukan ibukota itu dalam beberapa perlawanan kempen Liga Super 2019.

Lebih buruk, dia langsung tidak tersenarai dalam pasukan untuk tiga perlawanan berturut-turut termasuk ketika menewaskan Kedah 2-1 di tempat sendiri.

Kedudukan Comvalius semakin tergugat apabila penjaring utama Kuala Lumpur, Guilherme de Paula kini cergas untuk beraksi semula setelah berehat panjang berikutan kecederaan yang dialami.

Pengurusan skuad Kuala Lumpur masih belum memberikan kata putus berkenaan pemain import dari Belanda itu.

Berdasarkan pemerhatian para penyokong dan pemerhati bola sepak pasukan Kuala Lumpur mendapati corak permainan Comvalius tidak sesuai dengan corak permainan Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia