Connect with us
via @malaysiafootballleague on Facebook

Bahasa Malaysia

MFL pinda peraturan pemain import

Pasukan Liga Super kini boleh menurunkan sepenuhnya kuota import dalam pertandingan melibatkan Piala Malaysia dan Piala FA sekiranya mereka menentang pasukan yang turut bertanding dalam Liga Super.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada 15 Mac lalu. Bagaimanapun, peraturan empat pemain import kekal menyaksikan pasukan Liga Super hanya boleh menurunkan 4 orang pemain import sahaja jika mereka menentang pasukan Liga Premier.

Sementara itu, pasukan Liga Premier dibenarkan menurunkan empat pemain import ketika menentang pasukan amatur dari Liga M3, manakala pasukan dari Liga M3 dibenarkan menurunkan dua  pemain import.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia