Connect with us
via @malaysianfootballelague on Facebook

Bahasa Malaysia

MFL : Geran tahunan bukan untuk bayar gaji tertunggak

Penganjur kejohanan Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berpendapat perancangan kewangan beberapa pasukan untuk menggunakan geran tahunan yang diterima untuk membayar tunggakan gaji pemain adalah satu amalan yang tidak wajar.

Dalam satu kenyataan media, MFL mengingatkan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia bahawa geran tahunan yang diberikan adalah untuk tujuan pembangunan pasukan. Bagi tujuan pembayaran gaji pula, ia sepatutnya dibayar menggunakan duit yang diperoleh dari penajaan atau sumber-sumber kewangan lain.

Menurut CEO MFL, Kevin Ramalingam, geran yang diperoleh pada tahun 2019 adalah untuk digunakan bagi pembangunan pasukan pada tahun 2019, dan bukan untuk menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji tahun lalu. Pasukan-pasukan yang bertanding tidak wajar menggunakan alasan belum menerima geran tahun 2019 sebagai penyebab mereka tidak melunaskan tunggakan gaji pemain.

Mulai 2018, setiap pasukan Liga Super dijanjikan geran tahunan sebanyak RM3 juta, manakala setiap pasukan Liga Perdana dijanjikan RM1 juta. Geran tersebut sepatutnya digunakan bagi penambahbaikan kemudahan latihan dan juga pembangunan akar umbi.  

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia