Connect with us
via www.malaysianfootballleague.com

Bahasa Malaysia

MFL cari penaja baru

Penamatan kontrak Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja utama Liga Malaysia (Liga M) mungkin akan menjejaskan geran tahunan pasukan.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam.

MFL akan mengadakan mesyuarat rasmi bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan kadar segera. MFL akan bertanggungjawab bagi memberikan jawapan kepada sebarang soalan yang berkaitan geran tahunan kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj optimis permasalahan ini akan dapat diselesaikan dan berharap pasukan tidak khuatir berdasarkan kredibiliti MFL.

Beliau berpendapat, MFL yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) pasti mampu mencari jalan penyelesaian kerana sudah pasti tidak timbul keraguan untuk melabur di bawah kepimpinan Tunku Ismail.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia