Connect with us
via @malaysianfootballleague on Facebook

Bahasa Malaysia

MFL beri Perlis satu minggu untuk rayuan

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam memberi talian hayat kepada pasukan Perlis selama seminggu bagi menghantar notis rayuan bagi menyelamatkan pasukan daripada tersingkir.

Tempoh rayuan berkenaan diberikan bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Perlis mengemukakan penyata kewangan dan bukti penajaan yang kukuh. 

Kevin berkata, dokumen kewangan akan diteliti oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dan akan menentukan status Perlis dalam Liga Perdana.

Berkenaan kemungkinan pasukan Perlis bakal digantikan oleh pasukan lain sekiranya tersingkir, Kevin berpendapat, tiada pasukan akan dinaikkan pangkat ke Liga Perdana.

Perkara ini pernah terjadi ketika penyingkiran Kuantan FA dan tiada pasukan dipertimbangkan untuk menggantikan pasukan tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia