Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Malaysia sedia bantu Timor Leste

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang untuk menjadi tuan rumah bagi keseluruhan perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Timor Leste dalam Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia.

Keputusan tersebut dibuat berikutan Timor Leste tidak mempunyai kemudahan yang lengkap bagi menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

Malaysia bersedia untuk menggantikan venue perlawanan yang dirancang diadakan di Timor Leste dengan mengadakan kedua-dua pusingan tersebut di Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Timor Leste terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. Beliau berpendapat, Timor Leste banyak bermain dalam perlawanan di Malaysia.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 6 dan 11 Jun ini, iaitu dalam lingkungan seminggu selepas umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia