Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Malaysia Airlines bawa Harimau Malaya terbang

Malaysia Airlines dan Persatuan Bola Sepak Malaysia menandatangani memorandum persefahaman dan mengumumkan syarikat penerbangan itu menjadi rakan penerbangan rasmi pasukan Harimau Malaysia selama dua tahun.

Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Dalam satu kenyataan, Hamidin sangat mengalu-alukan kerjasama yang dijalinkan antara FAM dan Malaysia Airlines kerana jalinan ini akan memberi manfaat yang baik kepada kedua-dua organisasi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia