Connect with us
via @SANIXSPORTSSOCCER on Facebook

Bahasa Malaysia

Luqman dapat pengiktirafan di Piala Sanix

Pemain muda yang sedang meningkat naik Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin menerima pengiktirafan peribadi kedua apabila terpilih dalam kesebelasan terbaik Kejohanan Bola Sepak Piala Sanix 2019 yang berlangsung di Global Arena, Fukuoka, Jepun.

Luqman yang juga merupakan Penjaring Terbanyak Kejohanan AFC Bawah 16 tahun 2018 menarik perhatian ketua-ketua jurulatih dengan kepantasan larian dan kelincahan menggelecek bola sepanjang kejohanan berlangsung meskipun pasukan negara mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

Luqman merupakan pemain yang digilap menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kini sedang berlatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Perkembangan Luqman sejak beberapa tahun yang begitu mengagumkan mungkin memberikan kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang ketandusan pemain berkualiti di bahagian serangan.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, Luqman berhasrat untuk berhijrah ke luar negara bagi meningkatkan lagi kualiti permainannya yang semestinya memberikan manfaat kepada skuad negara di masa hadapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia