Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Liga Bawah 16 Tahun negara belum jadi realiti

Hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Liga Bawah 16 Tahun negara terpaksa ditangguhkan kerana faktor kos operasi bagi menjalankan liga berkenaan. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

FAM pernah merancang untuk menjalankan liga ini serentak dengan penganjuran Piala Presiden dan Piala Belia yang disertai oleh pemain-pemain bawah 21 dan bawah 19 tahun dari pasukan-pasukan Liga Malaysia bermula tahun ini atau tahun 2020. Namun, perancangan tersebut tidak menjadi realiti dan pertandingan bagi kategori tersebut hanya dipertandingkan melalui pertandingan sedia ada, Liga KPM yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berbeza dengan Piala Presiden dan Piala Belia yang rata-rata disertai oleh pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga KPM hanya disertai oleh Sekolah Sukan Negeri yang dipertandingkan dalam dua kategori; Bawah 17 Tahun dan Bawah 14 Tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia