Connect with us
via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Laungan Darul Aman menanti JDT

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim bakal berdepan tugas getir apabila bakal bertandang ke kubu penyokong setia Lang Merah, Stadium Darul Aman. Laungan penyokong Hijau Kuning akan menggamatkan perlawanan antara Kedah dan JDT malam esok.

Pengendali JDT, Luciano Figueroa pasti merencanakan percaturan terbaik bagi mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super. Mereka mendahului Pahang dengan 16 mata, 2 mata di hadapan Pahang.

JDT akan mendapat semula khidmat pemain yang bermain untuk pasukan Bawah 22 negara. Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan akan kembali memperkuat pasukan JDT. Kedah terpaksa beraksi tanpa kelibat Renan Alves yang digantung dua perlawanan dalam perlawanan menentang PKNS.

Perlawanan ini dijangka bakal menjadi pertembungan menarik kerana kedua-duanya memiliki reputasi tersendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia