Connect with us
via www.the-afc.com

Bahasa Malaysia

Larkin bakal cipta detik bersejarah

13 Mac bakal menjadi tarikh penting dalam sejarah Johor Darul Takzim apabila mereka bakal menjadi tuan rumah buat julung kali dalam pertandingan paling berprestij dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Liga Juara Juara Asia (ACL).

JDT bakal menerima kunjungan kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC bagi aksi peringkat kumpulan ACL.

Penyokong setia JDT pasti akan memenuhkan Stadium Tan Sri Hassan Yunos Stadium, Larkin bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka.

JDT berkemungkinan turun tanpa pemain tengah, Natxo Insa yang masih belum mendapat pelepasan perubatan. Ketua pasukan, Hariss Harun sedar, sebagai pendatang baru ACL, JDT perlu lebih berwaspada dengan cabaran daripada kelab dari Korea Selatan itu.

JDT menunjukkan semangat juang yang tinggi menentang penyandang juara, Kashima Antlers dan berharap akan dapat mengulangi prestasi tersebut dalam perlawanan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia