Connect with us

Bahasa Malaysia

Langkah berjaga-jaga naturalisasikan pemain asing

Pengambilan pemain naturalisasi bagi menggalas tugas menyarung jersi kebangsaan Malaysia perlu dilaksanakan dengan terkawal dan berhati hati.

Ini bagi mengelakkan kelab atau persatuan yang bertanding di liga tempatan ataupun pemain individu mengambil kesempatan terhadap amalan naturalisasi pemain asing.

Pemain luar negara yang diberi pasport Malaysia menerusi proses naturalisasi sewajarnya menghormati peluang yang diberikan kepada mereka menyarung jersi Harimau Malaya dengan sentiasa komited dan menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan. Perbuatan yang kurang beretika seperti tidak hadir dengan menggunakan pelbagai alasan seperti kecederaan apabila dipanggil untuk tugasan antarabangsa patut dielakkan.

Selain itu, kelab mahupun persatuan bola sepak dinasihatkan agar tidak menjadikan pemain naturalisasi sebagai taktik untuk sekadar mengisi slot ASEAN seperti yang sudah termaktub dalam peraturan Liga Malaysia. Setakat ini, Mohammadou Sumareh merupakan pemain asing tunggal yang diberikan kerakyatan bagi membolehkan menyarung jersi kebangsaan. Antara pemain asing lain yang dijangka dipertimbangkan untuk menjadi pemain naturalisasi seterusnya ialah Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Lee Tuck.

Bagi memenuhi syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk membolehkan proses naturalisasi dijalankan, pemain tersebut perlu tinggal sekurang-kurangnya lima tahun di sesebuah negara yang akan mereka wakili.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia